Monday, August 23, 2010

Tips Untukmu yang bergelar Wanita, Isteri dan Ibu..

1. Wajib bagi seorang isteri:
i. Merendahkan pandangan dan suara di hadapan
suaminya.
Keterangan:
Isteri juga perlu menjaga kesantunan di hadapan
suaminya. Inilah yang dikatakan merendahkan pandangan.
Banyakkanlah menghadiahkan senyuman untuk suami bagi
keharmonian rumahtangga. Suami bagi si isteri bak
ibarat ibu dan bapa bagi anak-anak. Isteri tidak boleh
memarahi suaminya dengan menengkingnya.. isteri boleh
nasihati suami dengan hikmah.

ii.Tidak berkhianat terhadap suaminya ketika ketiadaan
suaminya, termasuklah hartanya.
Keterangan:
Khianat ini ada banyak caranya, contohnya si isteri
membenarkan rakan lelaki sekerjanyamenyentuh kulit
tangannya, tak kurang juga mengadakan hubungan cinta
atau hubungan sulit. Untuk harta suami pula ialah
dengan tidak menjaga pemberian suaminya atau
menghargainya.

iii. Menunaikan hajat suaminya (jika diminta oleh
suami) biarpun di waktu sibuk atau susah (ditamsilkan
oleh Rasulullah SAW, walaupun di atas belakang unta)
Keterangan:
Isteri masa kini ramai yang terpelajar, bahkan ada di
antara mereka yang mendakwa suami di mahkamah kerana
merogol mereka. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku.
Hubungan rumahtangga yang sepatutnya terjalin dengan
kasih dan sayang. Ramai isteri seolah-olah merasakan
suami tidak mempunyai hak untuk meminta perhubungan
kelamin pada bila-bilasuami minta.

iv. Meminta izin suami untuk keluar dari rumah. Kalau
keluar rumah tanpa izin suami makasi siteri akan
dilaknati malaikat sehinggalah si isteri itu kembali.
Keterangan:
Ibu bapa yang sayangkan anaknya akan segera bertanya
dan meminta anak-anaknya memberitahu pergerakan arah
tuju anak-anaknya. Begitulah keadaannya si
suami.Sesungguhnya duhai si isteri janganlah menafikan
martabat suamimu itu.


2 Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: "
Sunguh-sunguh meminta ampun untuk seorang isteri yang
berbakti untuk suaminya iaitu oleh burung-burung di
udara, ikan-ikan di dalam air dan malaikat di langit
selama si isteri sentiasa berada di dalam keredaan
suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang
tidak berbakti kepada suaminya, maka ia mendapat
laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua makhluk di
muka bumi."

3. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam
muka di hadapan suaminya, maka dia didalam kemurkaan
ALLAH sehingga dia dapat membuatkan suaminya gembira
dan meredainya.


4. Saidatina Aishah r.a berkata: "Wahai kaum wanita!
Seandainya kamu mengerti kewajipanterhadap suamimu,
tentu seorang isteri dari kamu bertindak menyapu debu
dari kedua telapakkaki suaminya dengan sebahagian
mukanya."

5. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga
orang yang tertolak solatnya olehALLAH dan tidak
diangkat kebaikan mereka ke langit ialah: i. Hamba
yang lari dari tuannya sehinggalah dia kembali. ii.
Seorang isteri yang dimurkai oleh suaminya sehinggalah
dia dimaafkannya.iii. Orang yang mabuk sehinggalah dia
sedar kembali."

6. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Jika
seorang isteri berkata kepadasuaminya 'Tidak pernah
aku melihat kebaikanmu sama sekali', maka hancur
leburlah pahalaamal kebajikannya". Keterangan: Maksud
hadith ini ialah jika seorang isteri memperkecilkan
usaha baik suaminya dalam memberi nafkah, melayan baik
atau memberi makan, minum, pakaian, maka hilanglah
segala pahala amal kebajikan si isteri.

7. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa
saja seorang isteri yang memintacerai daripada
suaminya tanpa sebab-sebab yang memerlukan, maka
haramlah bau syurgakeatasnya." Keterangan: Hal ini
biasa terjadi bagi isteri yang sudah tidak berminat
lagi kepada suaminya.Kecualilah atas sebab tidak dapat
menjalankan kewajipan terhadap suaminya yang
dikhuatiri suaminya akan terkecewa.

8. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada seorang
isteri yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada
suaminya" Keterangan: Hal ini terjadi biasanya untuk
suami yang menggunakan wang si isteri dengan keredaan
isterinya, tetapi kemudiannya diungkiti. Ada juga
isteri yang tidak sedar diri diuntung, sentiasa
merasakan dirinya yang melakukan pengorbanan yang
besar terhadap keluarga, walhal pengorbanan dan
kesusahan suami tidak pernah dihargai.


9. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Urusan
pertama yang ditanyai kepada para isteri pada hari
kaimat nanti ialah solatnya dan mengenai urusan
suaminya (adakah diamelaksanakan tanggung jawab serta
kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)

10. Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud: "Empat
perempuan yang berada di Nerakaialah:

i. Perempuan yang jahat mulutnya terhadap suaminya.
Jika suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya
dan jika suaminya bersamanya dia akan memakinya.
ii.Perempuan yang memaksa suaminya memberinya apa yang
suaminya tidak mampu mengadakannya.
iii. Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum
lelaki dan memperlihatkan perhiasankecantikannya
(untuk menarik orang melihatnya).
iv. Perempuan yang tidak tahu tujuan hidup kecuali
makan, minum, bersuka-suka dan tidur.Dia juga tidak
mahu berbakti kepada ALLAH, Rasul-Nya dan suaminya
jika dia bersuami." Keterangan:Seorang perempuan yang
bersifat dengan sifat-sifat ini akan dilaknati
kecualilah dia bertaubat.

11. Al Hakim bercerita bahawa seorang perempuan
berkata kepada Nabi Muhamad SAW:"Sesungguhnya putera
bapa saudaraku melamarku. Oleh itu berilah peringatan
kepadaku apakewajipan seorang isteri terhadap
suaminya, kalau kewajipan itu sesuatu yang mampu
akujalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka
baginda bersabda yang bermaksud: "Kalau mengalir darah
dan nanah dari kedua lubang hidung suamimu dan dia (si
isteri) menjilatnya, maka itu pun belum dianggap
menjalankankewajipan terhadap suaminya. Seandainya
diperbolehkan untuk manusia bersujud kepadamanusia
lain, tentunya aku perintahkan seorang isteri untuk
sujud kepada suaminya." Berkatalah perempuan itu:
"Demi ALLAH yang menutuskan tuan, aku tidak akan
berkahwinselagi dunia ini masih ada"

12. Imam Tabrani menceritakan bahawa seorang isteri
tidak dianggap menjalankan kewajipanterhadap ALLAH
sehinggalah dia menjalankan kewajipan terhadap
suaminya. Seandainyasuaminya meminta untuk digauli
sedangkan dia si isteri berada di atas belakang unta
makatidaklah dia si isteri boleh menolaknya.

13. Seorang isteri hendaklah menyedari bahawa seorang
suami bagi si isteri adalah bagai ayah bagi anak. Ini
adalah kerana ketaatan seorang anak kepada ayahnya
adalah wajib danbegitulah jua isteri untuk suami.
Seorang suami pula tidak wajib mentaati isterinya.

14. Menjadi pendorong serta penasihat kepada suami
dalam segenap hal tanpa merasa kecilhati jika
saranannya tidak dipersetujui.

15. Memahami perkara-perkara yang digemari dan dibenci
oleh suaminya.

16. Melakukan segala perbuatan yang boleh menyenangkan
hati suaminya.

17. Sentiasa menambahkan serta mendalami ilmu agama
serta mengamalkannya.

18. Nabi Muhamad SAW bersabda kepada Saidatina Fatimah
(anaknya) yang bermaksud: "Ya Fatimah, apabila seorang
wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotongkan misainya dan mengeratkan kukunya, Maka
ALLAH akan memberinya minum dari air syurga yang
mengalir di sungai-sungainya dan diringankan ALLAH
baginya Sakaratul Maut dan akandidapati kuburannya
menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman
syurga"

19. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama
mana berbuat demikian, selama itulahakan didoakan
keampunan baginya oleh para malaikat.

20. Memasak mengikut selera atau kesukaan suami.
Keterangan: Masalah ini selalu timbul bagi Suami dan
Isteri yang berasal dari negeri yang berlainan.

21. Menampal (menjahit) baju atau pakaian suami yang
koyak.

22. Mengikut keperluan dan kemahuan suami dalam masa
bergurau senda, seperti memicit,megipas dan lain
lain.................

No comments:

Post a Comment