Saturday, March 10, 2012

Petanda 100 Hari Sebelum Kematian

Assalamualaikum,


Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. setiap dari kita perlu mempersiap siagakan diri dengan bekalan untuk menempuhi alam yang kekal abadi. Baik kita disini dari segi ketaatan kepada Allah dan kesetiaan kepada agama Islam dan menjauhi apa yang di larang serta melakukan segala suruhan, Insya-ALlah baiklah kita di sana nanti ketika ketika menghadapi alam selepas  kehidupan.

Allah tidak menzalimi kita dan sebenarnya kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. kita ego, kita leka dengan kehidupan dunia yang hanya sementara. Dalam sedar sebenarnya kita melihat setiap hari akan ada kematian yang kita dengar, dalam media massa dan juga mungkin perkhabaran berita atau mereka yang terdekat dengan kita. namun kesedaran kita tidak lama sebaliknya hanya bersifat sementara kerana seolah-olah yakin yang kehidupan kita masih panjang dan kekal di dunia..

Sekadar berkongsi rasa, berkongsi cerita untuk memberi peringatan kepada diriku dan juga pembaca suapaya kembalilah kepada jalan yang benar berteraskan Islam. dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. saya petik dari beberapa sumber yang berkongsi tentang petanda-petanda yang bakal di lalui oleh setiap kita. jangan jadikan ia sebagai pegangan tapi jadikan ia sebagai sumber perangsang kesedaran dan pembangkit rasa untuk mempersiap diri ke arah yang lebih mantap bagi menghadapi hari mati kita. ingatlah bahawa mati itu sangat sakit...dan kita semua akan lalui..


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sesungguhnya agama di sisi Allah, yang diredhai-Nya hanyalah Islam...!
Allahuakbar!!!

Semoga Kerahmatan & keampunan-MU menjadi milikku dan seluruh Ummat Islam Di Dunia.