Sunday, August 22, 2010

Hayat bumi menjelang senja....

Saban hari kita sering sahaja terdengar, terbaca, dan terlihat berita yang mengemparkan bumi kita Malaysia tentang masalah pembuangan bayi secara kejam oleh manusia yang tiada peri kemanusiaan. jika zaman jahiliyyah dahulu, kita hanya mendapat tahu bahawa hanya anak perempuan sahaja yang di tanam hidup-hidup tanpa rasa belas kasihan, namun zman mutakhir ini, manusia telah menjadi lebih kejam dan lebih zalim dari zman jahiliyyah dahulu kerana kita dapat lihat kini bukan sahaja bayi wanita di buang, di tanam, atau didera sehingga mati, tetapi tidak mengira jantina yang dilahirkan.
Zalim dan kejam yang meniti di setiap bibir pendengar dan pembaca. Tetapi sedar tak sedar kita sebenarnya sedang berada di zaman yang akhir dan menanti masa bumi menjelang senja dan kembali kepada Allah yang maha pencipta dan penguasa.
Dalam hal ini, semua saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain tanpa menghitung peranan diri sendiri dalam masyarakat untuk membendung kebejatan sosial ini yang sangat merosakkan maruah dan bangsa itu sendiri.
pada suatu malam, aku berjalan-jalan di sekitar pantai di teluk cempedak, Kuantan. aku melihat, tanpa segan silu remaja berpelukan di tepi batu dan pesisir tanah pantai. bila aku menegur, mereka hanya tersengih-sengih dan beralih dari situ tetapi mencari tempat lain yang lebih "tenang" bagi mereka. aku terfikir, di mana penguatkuasaan tempatan agama? adakah mereka hanya bekerja untuk mendapatkan gaji setiap bulan atau ikhlas kerana ingin mengakkan kalimah Allah di muka bumi Allah ini.
kemudian, aku pulang dan menonton TV3. lagi satu yang bermain di benakku apabila melihat paparan hiburan di TV3 yang menjolok mata dan sosial di kalangan pengacara sendiri mennunjukkan kebebasan yang tidak terbatas. ini untuk tatapan umum, tapi pendidikan secara tidak langsung ini lagi mengherat keebejatan sosial ini kelembah yang lebih parah.
Wahai ummat, kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. janganlah mati dalam ke adaan lara dan penuh maksiat kepada Allah.

No comments:

Post a Comment