Monday, August 23, 2010

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya
sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu
digelar "Raja
Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk
kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis
vitamin, mineral,
protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan
kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian
yang penting
seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium
(kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang
untuk memupuk
tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w
bersabda, "Siapa
ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu
didapati berkesan
untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya
!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak..
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,
pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur
semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan
badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia
mengandungi
enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu
karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk
merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang
berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan
belakang, menambahi
akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit
lupa. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri -
biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan
makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium,
klorin, zat besi,
air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w,
"Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka
Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan
minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh
dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis -
manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain
juga elok untuk
diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan
hatinya selama 40
hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori.
Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak.
Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati
didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
Abu Musa r.a
meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk
meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu
yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual
di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya
kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam
kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

No comments:

Post a Comment