Saturday, March 10, 2012

Petanda 100 Hari Sebelum Kematian

Assalamualaikum,


Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. setiap dari kita perlu mempersiap siagakan diri dengan bekalan untuk menempuhi alam yang kekal abadi. Baik kita disini dari segi ketaatan kepada Allah dan kesetiaan kepada agama Islam dan menjauhi apa yang di larang serta melakukan segala suruhan, Insya-ALlah baiklah kita di sana nanti ketika ketika menghadapi alam selepas  kehidupan.

Allah tidak menzalimi kita dan sebenarnya kitalah yang menzalimi diri kita sendiri. kita ego, kita leka dengan kehidupan dunia yang hanya sementara. Dalam sedar sebenarnya kita melihat setiap hari akan ada kematian yang kita dengar, dalam media massa dan juga mungkin perkhabaran berita atau mereka yang terdekat dengan kita. namun kesedaran kita tidak lama sebaliknya hanya bersifat sementara kerana seolah-olah yakin yang kehidupan kita masih panjang dan kekal di dunia..

Sekadar berkongsi rasa, berkongsi cerita untuk memberi peringatan kepada diriku dan juga pembaca suapaya kembalilah kepada jalan yang benar berteraskan Islam. dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. saya petik dari beberapa sumber yang berkongsi tentang petanda-petanda yang bakal di lalui oleh setiap kita. jangan jadikan ia sebagai pegangan tapi jadikan ia sebagai sumber perangsang kesedaran dan pembangkit rasa untuk mempersiap diri ke arah yang lebih mantap bagi menghadapi hari mati kita. ingatlah bahawa mati itu sangat sakit...dan kita semua akan lalui..


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sesungguhnya agama di sisi Allah, yang diredhai-Nya hanyalah Islam...!
Allahuakbar!!!

Semoga Kerahmatan & keampunan-MU menjadi milikku dan seluruh Ummat Islam Di Dunia.

Monday, February 13, 2012

Abdul Rahman Muhammad - Law Kaana Bainana . Boleh Download dan Tonton MTV...

Abdul Rahman Muhammad - Law Kaana Bainana. sekali saya mendengar lagu ini saya rasa terus tertarik dengan alunan dan nada serta terjemahan makna yang sangat menarik di saat bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W Junjungan kita Umat Islam Seluruh Dunia..hati merasa sayu bila mengenangkan pengorbanan baginda Rasul pada kita sebagai ummatnya yang akhir ini. ucapkan salam dan selawat ke atas baginda dan semoga kita akan bersama baginda di sana nanti.

Download Mp3 Format Sini  :)

Untuk Tonton dan dengar boleh lihat di sini.




Lirik Lagu.

Info Lagu Law Kaana Bainana

Oleh : Abdur Rahman Muhammad
Razak Zain
email : irazzac@gmail.com
#######################

LAW KAANA BAINANA
Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Mula#

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

###

Hakcipta Terjemahan Milik Pencipta.



Wednesday, February 8, 2012

FESYEN BERTUDUNG

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.

1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak’.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2OUVI3AppP6QiUhDe77BMtImi7lgdXq1tyExnAjO_rvG1lwB9U7M-EVBPl56QvFWiJDkqyEl5rMKFIFdNe514ZCAtiXzifBCmnJsVvRmivmzPfcBNUtp88ZTOyjTNN48oU4EPGVUARGq7/s1600/shahrizat.jpg

2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw3qYLL5LlLom6_708-Glx_nHU4_i_fkJrB3zoNyZ2wNlQqX0NO6IVzKSMpTAbw6aVfftzmv0Lv-TWS23W4n8yj-t1VFIa73LmHMgB4rF1LLBQhjeq_64NTNtwSYeH7rYbx7r-vuDqBT5X/s1600/tudung+awek.jpg

3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
cid:image003.jpg@01CCE186.2B74BD80

4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjWiuwBLEQpHNFokzxPkNy8mrWoj-3fpJOeAW01c2U6RcLL5TcJuGKTZoVxroBaVtvdu_ZC-lY6BFvp0aGcyXad-ZOMXT-iFdcaE9WhOs9tU1v0aim7GkRuDB_Mw5uCDHocjrPZHLS0Zn8/s1600/tudung+bonggol+unta.jpg

5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgO5V9sihtgRdjjMDhyUiSVGhj5b07av0NXWIDqh4aa9tVMZY4DCzlLZM01lLU5qzaNgauS1WjyfP0H5Fi5UiX-HXNxp_sy0MilrUmWXVTZO3snBG_crmgpSg-CSgak4G3KF-2kRdfNVazZ/s1600/awek+melayu+tudung+sekolah.JPG

6. Tudung Dato’
Ni, tak tau nak terangkan macam mana… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwaQywdJ3CdR7mZ9LRi3OZRoz2vzEoteebEDGPrpP6IOxnQevXkpjrLNDwfB06NU4Y_vZktXfwy6OrVkhTX5RfERBRKbDU208wQGCVgvedmt_D5vHx1jW0xvjpDLEnciYxbOdRtIABs6Tv/s1600/tudung+dato.jpg

7. Tudung Apa Jadah Entah?
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvip6B2lMnZE0W8kLeAifEQMq-mp23LE38KH4U-Kzo-b8uPrgkavJlMarq5LBouNCRLJYFTJyzqEi9ZUUZNTCXy9XYUQwUWafGuk7cWLm_yT6rKgR8Yj1vmJWJOQNxBXKlDNrni8eDkWIM/s1600/tudung.JPG

8. Tudung Muslimah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4XzpkFm6RDrLXOSshqc4VRRHQ172dUMfc8yhs5KSqI-T5ttqfHfDPoJ9AOlNihXjRiRm3eNrocZjwsHDSVKMgyQcETfntxk-OJhoEGzxIttWP1Bi3coUWHPtyhafjOvCt1kR2ksTKNgax/s1600/tudung+muslimah.jpg
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

Monday, February 6, 2012

Don't Judge a Book by Its Cover

Kita sering sahaja mendengar ungkapan ini meniti dari bibir ke bibir ummat islam kita di Malaysia yang rata-rata mengaku dirinya bersih dari dalam dan pengzahiran luar hanyalah bersifat sementara yang tidak boleh di jadikan kayu pengukur keikhlasannya. ramai yang terbawa-bawa dan terguna-guna ungkapan ini untuk menghalalkan sesuatu yang jelas terlihat dan jelas melanggar syariat islam sesetengahnya. ada yang menjadikan seolah-olah sebagai pegangan dan "hadis" dalam perjalanan hidupnya untuk menghalakan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Kita sebenarnya dalam tidak sedar, kita seolah-olah mempersendakan dan mempermainkan hukum Allah bila kita berpakaian tidak menutup aurat dan bila ditergur atau di temubual dalam media sama ada TV atau Akhbar dengan tanpa segan silu menyatakan " saya tidak bertudung tapi saya solat", "saya berpakaian seksi begini untuk mencari rezeki yang halal, dalam hati saya hanya Allah yang tahu.." "saya tidak pakai tudung tapi saya sedekah/derma pada anak-anak yatim" dan banyak lagi yang ternyata ianya jauh tersasar bagi menghalalkan yang pada hakikatnya haram.
Sedangkan Saidina Umar pernah berkata " kamu manusia berhukumlah atas apa yang nyata padamu dan apa yang tersembunyi itu urusan Allah". kita sebagai manusia, memang tidak salah menyatakan seandainya Zahirnya seseorang itu tidak baik (berpakaian seksi, tidak menutup aurat, dan sebagainya) mencerminkan dalaman iaitu hatinya dan imannya yang lemah dan tidak baik. manakan mungin bateri yang lemah mampu menghasilkan cahaya lampu suluh yang terang? manakan mungkin hatinya baik jika suruhan Allah tidak di laksanakan dan dikesampingkan tanpa rasa segan silu?
Kembalilah kita semua pada fitrah kejadian kita dan kepada ajaran Allah secara syummulnya..sama-samalah kita kembali jadikan Al-Quran dan Assunnah sebagai tempat rujukan kita untuk menjamin masa depan kita di Akhirat nanti yang lebih gemilang. kehidupan kita di sini hanya sekejap dan di akhirat nanti pastinya ia kekal abadi...yang terlanjur, kembalilah kepangkal jalan dan carilah sumber rujukan yang baik untuk mengemudikan pelayaran kehidupan ini agar ke arah yang diredhai.
Sama-sama kita berpesan-pesan dengan kebaikan dan kebenaran. tegur-menegur untuk menjadi lebih baik dan mencipta umat yang lebih cemerlang.

Salam ukhuwwah dari saya. wassalam.



Sunday, February 5, 2012

Kemaskini Blog Sedang dijalankan..

Assalamualaikum,

Harap maaf sahabat pengunjung laman blog saya yang rata-rata ingin mengetahui kaedah berkaitan jailbreak iPhone dan lain-lain yang berkaitan IT. saya sedang memindahkan segala post berkaitan IT ke blog naditech.blogspot.com. laman blog ini hanya untuk informasi sahaja selepas ini.

sekian, terima kasih.

~nadimerpati~