Wednesday, September 30, 2009

Streamyx Vs P1 W1MAX Vs Celcom Broadband

Kepada yang ingin menggunakan perkhidmatan internet yang paling hanggat di promosikan di Malaysia, di sini saya akan kongsikan sedikit pengalaman saya menggunakan ketiga-tiga jenis ini. Streamyx ini kelajuan dia memuaskan tetapi kelemahan dia tidak boleh portable. maknanya melekat kat rumah dan mesti ada talian telefon rumah sebagai sokongan sama ada pakej Combo TM atau yang pakej biasa. tetapi ia lebih stabil jika untuk digunakan dirumah sahaja.
Selepas itu saya cuba bertukar kepada Celcom Broadband Advance Goverment Pakej iaitu serendah RM50 / Month bagi kelajuan up to 3.6Mbps. pada peringkat awal penggunaan, memang teruja jugak sebab lihat kepada speed dia untuk download boleh mencecah sehingga 2.1Mbps di kawasan bandar kuantan. Di tempat anda saya tidak pasti. tetapi sejak kebelakangan ini kelajuannya sangat tidak memuaskan. paling genting dalam bulan ramadhan 2009 baru-baru ini sehingga pernah tidak boleh nak connect langsung. Yang tidak puas hati bila saya menghubungi 1111, helpdesk Celcom memaklumkan kawasan encik mungkin ramai penggunaan menyebabkan speed dia menurun. kawasan bandar pun dapat EDGE sahaja. Dan saya tekad akan tamatkan kontrak saya dan akan di kenakan denda early termination oleh Celcom sebanyak RM150. Tak Kisahlah dari Hati tak puas dan benggang jer tiap kali nak online.
Dan Sekarang saya menggunakan P1 W1MAX yang pakej RM149 dan Speed up to 10Mbps. setakat ini baru menggunakannya baru 3 hari dan agak berpuas hati dengan perkhidmatannya. tetapi speed mmg tak leh sampai lagi kepada 10Mbps. setakat ini paling tinggi download mencecah 2.3Mbps sahaja. Tetapi masuk hari ke empat ini saya sudah merasakan P1 juga akan slow bila ramai penggunaan di satu-satu kawasan. jadi masalahnya sama sahaja dengan celcom broadband.
So saya rasa terpaksa kembali menggunakan Streamyx walau tidak boleh portable (Bawa Kemana-mana) tetapi less stress dengan connection yang putus-putus. Kalau yang berniat baru nak belia tu, jangan ambil yang kontrak lama-lama. Merugikan kita bila kita nak tamatkan perkhidmatannya nanti.

No comments:

Post a Comment