Tuesday, September 29, 2009

Berfatwa Dengan Hati

Kebelakangan ini kebejatan sosial semakin menjadi-jadi yang melibatkan pelbagai golongan usia. kadang-kadang kita malu melihat dan mendengar kita sebagai sebuah negara yang di labelkan "negara islam" tetapi masalah kepimpinan , jenayah kolar putih, juvana semakin menjadi-jadi. boleh di katakan setiap hari kita akan di sajikan dengan pelbagai berita sensasi sama ada melalui media elektronik mahupun media cetak. Dengan gelagat para ilmuan yang islam yang takut menyatakan kebenaran, gelagat kepimpinan yang mengutamakan kepentingan diri dan gelagat media yang menjadi anjing suruhan dan pelbagai lagi...
masing-masing menuding jari bila berlaku suatu perkara yang tidak di ingini. jenayah semakin meningkat hari ke hari..laporan dari TI pun menunjukkan indek rasuah di malaysia semakin mendapat tempat dalam ranking yang di laporkan.. perasuah masih terlepas bebas dan masih di sanjung...entah apa akan jadi pada negaraku Malaysia di masa akan datang..di mana generasi muda mahu sandarkan keyakinan dan harapan..
kami sebagai rakyat mahukan keharmonian...mahukan keamanan...yang berteraskan Islam..

Mungkin hadis di bawah ini boleh di jadikan panduan bagi kita dalam membuat keputusan..

Dari Abu Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “ sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara kedua-duanya itu ada perkara samar-samar (syubhat), kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa yang menjaga dirinya dari yang syubhat itu, bererti ia telah membersihkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa yang melakukan perkara syubhat itu, ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang,lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah setiap raja ada larangannya dan ingatlah bahawa larangan Allah apa-apa yang dilarangnya...”

Dari Nawas bin Sam’an r.a. meriwayatkan dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka akan melihatnya.

Dan dari Wabishah bin Ma’bad r.a. berkata: saya datang kepada Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?” Saya menjawab: “ benar”! Beliau bersabda: mintalah fatwa pada hatimu sendiri. Kebaikan adalah yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang yang memberi fatwa membenarkanmu. (diriwayatkan oleh 2 imam, Iaitu Imam Ahmad dan Imam Ad-Darami dengan sanad hasan)

No comments:

Post a Comment