Wednesday, September 30, 2009
Streamyx Vs P1 W1MAX Vs Celcom Broadband
MPV Perodua




Tuesday, September 29, 2009
Berfatwa Dengan Hati
Dari Abu Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “ sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara kedua-duanya itu ada perkara samar-samar (syubhat), kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa yang menjaga dirinya dari yang syubhat itu, bererti ia telah membersihkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa yang melakukan perkara syubhat itu, ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang,lambat laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah setiap raja ada larangannya dan ingatlah bahawa larangan Allah apa-apa yang dilarangnya...”
Dari Nawas bin Sam’an r.a. meriwayatkan dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka akan melihatnya.
Dan dari Wabishah bin Ma’bad r.a. berkata: saya datang kepada Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?” Saya menjawab: “ benar”! Beliau bersabda: mintalah fatwa pada hatimu sendiri. Kebaikan adalah yang mententeramkan jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa-apa yang yang mengusik jiwa dan meragukan hati, meskipun orang yang memberi fatwa membenarkanmu. (diriwayatkan oleh 2 imam, Iaitu Imam Ahmad dan Imam Ad-Darami dengan sanad hasan)